Tuesday, 26 May 2015

PLKN

assalamualaikum
hey guys

8 dec 2014
tarikh keramat, hari aku menyambut seruan negara dalam melunaskan misi sebagai wirawati dekat Kem PLKN Nilam Ehsan Bidor Perak. first time dapat tahu hati aku koyakkkkkkkkk. but then, life must go on aite? banyak lagi komitmen aku nak kene fokuskan daripade berduka tak tentu arah. lelame tu da bole terima kenyataan lalu adrenalin dalam badan pon mengalir secara rancak lantas diri ini rase excited gilaa nak pegi. PLKN ..... HERE I COMEEE!

excited sebab,
major reason excited gilaa nak join plkn sebab aku nak challenge diri sendiri. sepanjang aku hidup and join plkn, jujur lah eh .... aku nie mendongak langit tak nak tunduk kat tanah kalau bole. mak aku selalu tegur aku sebab aku nie penggeli, cerewet, memilih, sombong esp dengan stranger, poyo. aku nak pijak rumput basah, bebatu yang belumut pon geli, siyes tak tipuuuu. cerewet when it comes to makanan! aku sanggup belapar makan roti dari makan dekat tempat yang aku tengok tahap kualitinya err so so lah, yalah dah penggeli kan. memilih, aku nie tahap perfectionist skit, those yang pena kerja dengan aku will know how i will act. come on, sape yang tak nak keje yang bersih, cantik and kemas aite??? sombong dengan stranger, yaaa nie totally me! jangan harap aku nak senyum dengan orang sesuka hati even kau classmate aku ke hapeee. kekadang tu menyombong tak betempat hmmm. no wonder ah tak de boyfriend. eh motive? senyum aku mahal lah, nnti aku senyum ramai yang cair, susah lol. poyo? nie bapak aku je selalu panggil aku. 'budak poyoo' yalahh aku poyo~  so aku challenge diri aku untuk survive kat plkn, untuk addapt dengan surrounding, untuk make new friends, untuk improve diri sendiri!

first week kat plkn, aku makan 2-3 suap pastu aku buang sume nasi and lauk dye tanpe rase berdosa pasal lauk dye tak mengikut piawai tekak aku. siyesly aku tak de selera langsung, air dye pon aku tak minum! rase was was dengan kualiti kebersihan. tapi aku toleh kiri kanan sume beselera gilaa sampai licin tray. apekah? dalam hati  aku memang kuat menyumpah ..... rase excited sume hilang! hati memberontak, kenape lahhhh aku kat sini kenapeeeee. nie sume bullshit, makanan, kem, cecikgu yang nak menyinga, bebudak lembab yang nak beratur. sume tampak annoying di mate aku. i should stay at home, working, go get license, enjoy my holiday with my friends, online all de time dan makin gigih berblogging. gituhh. tapi itu sume angan-angan yang takkan menjadi kenyataan sebab aku akan stuck kat kem selame 2 bulan setengah. oh god, mati lahhhh aku

tapi alhamdulillah, umur aku panjang, aku tak mati pon lol. 2 bulan setengah, cukup untuk bukak mate aku dan mengajar aku 1 major lesson

BERSYUKUR

aku belajar ape effect atas tindakan aku, aku belajar untuk jadi rasional, untuk hargai alam, hargai orang sekeliling aku. second week aku start untuk pupuk selera makan even aku makan sikit je. aku try untuk tidak membuang makanan yang Dewan Makan kasi. aku try!! dan selamat je makanan dye, tak de kes keracunan makanan ke ape, aku je insecure lebih lol. setiap kali aku rase takde selera makan, setiap kali aku rase nak buang makanan tu, setiap kali tengok sayur dye yang layu, ikan yang lemah dan lauk yang macam air, aku akan remind diri sendiri bahawa homeless people kat luar sane belambak tak dapat makan. aku da ade rezeki depan mate masih tak reti besyukur lagi? dah lah sehari 6 kali dapat makan free! lagi nak condemn? aku patut besyukur malah berterima kasih kat mak cik DM and de team sebab sanggup masak untuk warga kem 6 kali sehari. maybe di mate aku lauk dye sangat hambar, tapi untuk some people lauk tu da cukup mewah di mata dorang. entah selama kat rumah, dorang tak pena rase kemewahan lauk pauk siap dengan potongan buah yang juicy. even sampai last day aku kat kem, aku tetap tak suke menu dye hahaha tapi hati tetap bedetik terima kasih sebab sanggup bertitik peluh memakcik tu sakit kepale nak fikir menu sihat ape nak kasi kiteorang makan. syukur makan minum kami sangat terjaga!

and guess what, i start making new friends! selame aku hidup aku tak pernah friendly macam aku dekat plkn. kalau korang rase konsep 1Malaysia tu macam sia-sia, meh datang plkn.  ukhwah between bebudak melayu, cina, india, orang asal and so fort utuh! nak share makanan, tido atas katil sesame, peluk memeluk, urut badan, mandi, main kekejar, pinjam meminjam da macam not a big deal. bole nampak nilai friendship yang pure, jujur dan kotor. kat situ memang bole belajar kot value friendship. dan pesahabatan between wira dan wirawati yang sampai jatuh cintaaaa. errr

know what guys, there ... i got a courage to express myself. to show them who am i. what can i do, my talent, i express it! i cant make it without my friends and teachers support for sure! they guide, give me chance to peform. it's like a dream came true u know when my name was selected to be a 'penolong director' during de malam kebudayaan competition. dan malam kebudayaan merupakan my birthday! it just too great! im so touch! to get a power buat story line, mengarah, guide and support each other as a team memang wowww. it's precious! even that night our peformance not going so well, but de experience sangat superb! pastu i got a chance to read a sajak during pertandingan patriotik dengan two of my partner. ahhh i'm shaking like crazy tapi rase puass gilaa! it's amazing! dan last moment yang aku takkan lupe, aku dapat jadi MC untuk majlis penutup PLKN. i speak in front of de komander, parents dan seluruh warga kem! and to get a partner, it's such a bless! ahhhhhh aku teringin gilaa nak buat bebende camnie dan akhirnya aku dapat buat. thank u PLKN, thank u people for believing in me!


class dan activities kat plkn, not so baddd even aku tak pena tak tetido setiap kali ceramah hehe! cant deny kekadang aku rase class dye macam kindergaten, de way cecikgu treat kiteorang macam bebudak sampai aku selalu rase annoyed dan  buat muke tapi lepas aku keluar kem, bende tu sangat membantu aku untuk survive kat dunia luar! seriously! lesson yang paling bosan dalam class tu lah yang membantu aku betahan waktu keje untuk tak quit easily! ahhhh baru sedar bende tu precious. should never underestimate something from first impression.


so conclusion for 2 bulan setengah bertapa kat kem tak balik rumah langsung, PLKN wajib diteruskan!!! WAJIB OKAY WAJIB! malah tempoh latihan harus extend! kalau bole masukkan sume anak muda kat malaysia nie untuk join plkn agar mase dorang tak tebiar dengan begitu saje. gituhh. orang yang tak join maybe akan underestimate program nie, tapi hanye orang yang pena join dan dapat precious experience plkn je akan faham perasaan seronoknya PLKN nie. betul tak ex pelatih plkn??!!!!! darjat, bangsa sume tolak tepi sebab perpaduan jadi tunjak utama kat kem. family aku pon tekejut sebab aku bole survive tanpa gagal kat sane. well, aku awesome kan haha takbur maaf! terima kasih JL, cecikgu, acik DM, ustaz, pekebun, cleaner, adik koperasi dan sume yang telibat dalam mencelikkan mata dan hati aku, mendidik jiwa bunga bangsa yang baru nak mekar, menjaga solat lima waktu kami, kasi kami makan dan banyak lagiii. kalau nak list sume omg guys patah jari i guys! terima kasih allah kasi peluang yang tak ternilai nie. i'm missing dorm p4 badly! cikgu dorm, cikgu along dan cikgu fariska!! rindu nak denga cikgu memetir, buat party maggie hahaha!

last, duduk plkn aku lost 7 kilo! pencapaian tebesar dalam hidup! first time pakai jeans, shirt longgar gilaa. teharuuu! tapi 2 weeks duduk rumah cukup untuk menggemukkan aku balik! sobs! de sweetest thing yang aku suke denga dan ingat bile family aku cakap 'selalu susah nak tengok lia senyum, balik dari plkn asek senyum je' people in plkn did a great job! really!

spot me! hint, de cutest girl :P





p/s: dis post bukan nak tunjuk kesucian aku lepas balik dari plkn tau!! hahaha! pls jangan misinterpret okay? sekadar perkongsian experience yang aku sematkan dalam blog hambar nie so that aku takkan lupe aku pena join plkn. ngee :)

No comments:

Post a Comment